Tuesday, 3 April 2012

Puyuh Putih - Japonica Coturnix Quails


Seminggu lepas sewaktu sibuk uruskan pembuatan inkubator telur.beli 50 ekor puyuh putih dari seorang pembekal burung puyuh di utara tanah air.Cukup seminggu bilangan yang mati nya agak membimbangkan.Mungkin kerana cara pengendalian yang tidak berapa sesuai di sebabkan oleh kekurangan pengalaman.



Tapi selebih nya nampak segar,walau pun keadaan bulu nya nampak macam tak cantik kerana perubahan bulu anak ke bulu dewasa.Harap harap yang selebih ini akan terus membesar untuk di jadikan baka puyuh putih.


Bila dah berumur sebulan lebih dah boleh di masukkan kedalam sangkar penelur.Masaalah nya macam mana aku nak tahu mana satu puyuh jantan dan mana satu puyuh betina!.Semua warna putih.Sekor-sekor ada sikit-sikit tompok hitam di badan.


Nak kata baka puyuh putih ni lagi besar dari puyuh biasa tak de pulak.Dah 3 minggu bela tak nampak besar macam puyuh biasa yang bewarna coklet tu.





2 comments:

  1. Berapa yer harga anak puyuh putih sekor?
    nak beli buat bela sajer2 jer..

    ReplyDelete
  2. Play at Casino Sites in Jamaica
    Play at Online Casinos in Jamaica ✓ Find the best gambling 제왕 카지노 sites with kadangpintar great promotions, high payout limits choegocasino & promotions. ✓Find your lucky  Rating: 8.6/10 · ‎7,547 votes

    ReplyDelete