Monday 20 August 2012

Mesin Buang Bulu Ayam Model HTN-10


Mesin bulu ayam/itek/puyuh model HTN-10.


Specifikasi Produk.

Voltage         :    220v/50Hz
Kuasa            :    1.1 Kw
Garis Ltg
Drum            :    550 mm
Ukuran         : 62cm x 66cm x 99cm







Masaalah mencabut dan membersihkan bulu burung puyuh yang di sembelih selesai dengan ada nya mesin ini. 







Kepada sesiapa yang sedang mencari mesin pembersih bulu burung puyuh,kami ada stock satu unit mesin untuk di jual dengan harga RM1,890-00 sahaja.Harga termasuk penghantaran di sekitar Lembah Kelang sahaja.

Tel 017-3309809 untuk mendapatkan keterangan lanjut/pesanan.

Tuesday 22 May 2012

Ayam Mutiara - Guinea Fowl - Numididea



Ayam mutiara,ayam api-api atau "Guinea Fowl" adalah pada asal nya hidup secara bebas di benua Afrika.


Ayam jenis ini secara semula jadi nya menjadikan serangga dan bijirin kecil sebagai makanan harian nya.Sebab itu lah ia sering berada di tanah untuk memudahkan nya mencari makanan.



Ayam Mutiara betina bertelur dalam sarang yang di buat dari daun-daun kering.Bilangan telur nya di antara 8-15 biji.Untuk 2 minggu pertama anak ayam mutiara begitu sensitif kepada air.Air embun di 
waktu pagi boleh membuatkan anak ayam ini mati kesejukan.Oleh kerana itu lah penternak yang lebih suka mengeramkan telur ayam ini dengan menggunakan inkubator penetasan.Sebaik sahaja anak ayam menetas,ia di letak kan di dalam broder selama sekurang-kurang nya 2 minggu.



Thursday 19 April 2012

Ayam Hutan kacukan

Dalam perjalanan ke selatan dari Kajang,untuk mencari burung puyuh yang boleh di jadikan baka,terpandang kedai jual unggas dan ayam di tepi jalan.Bila singgah terpandang pulak sekumpulan anak ayam hutan dalam salah satu sangkar yang di pamerkan.Tapi bukan ayam hutan ori lah sebab kalau ori mana boleh dia duduk dalam sangkar berebut makanan.Jenis aku rasa jenis kacukan ddengan ayam kampung,kemudian telur masuk inkubator.Tu dia nampak jinak sikit.




Yang buat tertarik tu sebab warna yang jantan tu seakan-akan warna bulu betina.Biasa nya ayam hutan yang jantan nya warna bulu nya lebih warna merah kuning.Tak tau lah pulak bila besar nanti warna nya boleh bertukar pulak.






Diam tak diam besar jugak lah ayam hutan jantan ni.Tapi agak liar sikit walau pun kerap di ajar.Memang ciri-ciri ayam hutan agak menebal dalam badan dia.Yang betina ni pulak lagi liar.Selepas dua bulan bela baru lah nampak macam ayam dewasa.Rasa rasa dalam satu bulan lagi betelur lah dia ni.








Tuesday 3 April 2012

Puyuh Putih - Japonica Coturnix Quails


Seminggu lepas sewaktu sibuk uruskan pembuatan inkubator telur.beli 50 ekor puyuh putih dari seorang pembekal burung puyuh di utara tanah air.Cukup seminggu bilangan yang mati nya agak membimbangkan.Mungkin kerana cara pengendalian yang tidak berapa sesuai di sebabkan oleh kekurangan pengalaman.



Tapi selebih nya nampak segar,walau pun keadaan bulu nya nampak macam tak cantik kerana perubahan bulu anak ke bulu dewasa.Harap harap yang selebih ini akan terus membesar untuk di jadikan baka puyuh putih.


Bila dah berumur sebulan lebih dah boleh di masukkan kedalam sangkar penelur.Masaalah nya macam mana aku nak tahu mana satu puyuh jantan dan mana satu puyuh betina!.Semua warna putih.Sekor-sekor ada sikit-sikit tompok hitam di badan.


Nak kata baka puyuh putih ni lagi besar dari puyuh biasa tak de pulak.Dah 3 minggu bela tak nampak besar macam puyuh biasa yang bewarna coklet tu.





Saturday 31 March 2012

mesin penetasan telur ayam/puyuh - (inkubator)

Berhajat nak ternak puyuh secara komersial tapi banyak sangat rintangan nya,selain modal.Pengetahuan juga memainkan peranan yang amat penting.Tambahan pula saingan perniagaan masakini memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk memastikan produk yang di keluarkan mampu di jual dengan harga yang kompetitif selain mempunyai nilai tambah yang setanding dengan pengeluar yang sedia ada.


Tray telur untuk 390-400 biji telur ayam.

 Oleh kerana perancangan kami untuk menjadi pengeluar telur,daging puyuh beku/salai dan baka puyuh;satu-satu cara untuk mencapai impian itu dengan pengelibatan kos yang minima adalah dengan membuat peti penetasan sendiri.Dengan sedikit susah payah akhir nya siap lah satu unit inkubator penetasan telur puyuh yang boleh di gunakan sekali kepada telur ayam.

Kalau mengikut ukuran inkubator ini mampu memuatkan 390-400 biji telur ayam atau 850-900 biji telur puyuh.Agak memuaskan jugak lah,berbanding dengan kos yang tak seberapa.

Dah siap nak kena "test-run" pulak hingga betul-betul boleh menetaskan telur.Selagi tak di uji,kotak tu tak boleh lagi di panggil "inkubator penetasan".

Inkubator penetasan telur ayam/puyuh.

Oleh kerana belum lagi memulakan penternakan burung puyuh ni agak sukar lah nak cari telur puyuh untuk di masukkan ke dalam inkubator tersebut.Jadi nak senang kerja cari lah beberapa biji telur ayam kampung,masukkan kedalam inkubator.Kemudian tunggu sehingga 7 hari baru boleh buat 'candling' untuk mengetahui kesan 'eraman' inkubator tersebut.Seterus nya tunggu lah hingga 21 hari baru tahu berapa ekor telur ayam boleh menetas.


Batch telur ayam pertama dalam proses eraman.

Hanya setelah pasti inkubator tersebut sudah boleh di gunakan barulah boleh di masukkan telur sehingga kapasiti penuh.Selepas tu boleh lah di fikirkan untuk membuat beberapa biji lagi untuk kegunaan di masa-masa akan datang.

Embryo mula membentuk selepas 5 hari

Setelah 5 hari telur di masukkan ke dalam inkubator tersebut baru lah di lakukan proses candling,untuk mengetahui sama ada telur tersebut ada benih atau pun tidak.Se-elok nya proses candling tu di lakukan pada hari yang ke tujuh supaya mudah di lihat embryo telur yang sarat dengat urat-urat darah berwarna merah.


Pembentukan embryo hampir tak kelihatan.

Gambar sebelah menunjukkan gambar embryo telur setelah 4 hari di eramkan dalam inkubator.Satu titik merah yang di kelilingi oleh urat-urat halus di sekeliling nya menunjukkan telur tersebut  ada benih yang bakal bertukar menjadi anak ayam.


Setelah penat menunggu akhir nya menetaslah 12 ekor anak ayam pertama daripada inkubator yang aku buat sendiri.Dua ekor mati apabila lemas dalam takung air 'humidifier'.Ada beberapa kelemahan dari segi teknikal yang harus di perbaiki untuk memastikan kadar penetas mencapai tahap 90-95% sebelum penetasas telur puyuh di buat secara scala besar.

Lagi gambar-gambar anak ayam

yang baru keluar dari inkubator penetasan.





Bila dah confirm anak ayam boleh menetas,terpaksa pulak tunggu puyuh yang di pelihara sendiri mengeluarkan telur.Penghujung bulan May baru lah ada sedikit telur puyuh boleh di masukkan kedalam inkubator penetasan tu.Awal minggu lepas menetas 9 ekor,tapi semua mati kerana tersalah teknik,di masukkan kedalam bekas yang bercampur dengan anak ayam yang berumur 2 hari.Habis semua mati.Hari ni satu kumpulan 45 ekor puyuh termasuk puyuh putih menetas dengan baik.Rasa macam humidity nya dah mencukupi.