Berhajat nak ternak puyuh secara komersial tapi banyak sangat rintangan nya,selain modal.Pengetahuan juga memainkan peranan yang amat penting.Tambahan pula saingan perniagaan masakini memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk memastikan produk yang di keluarkan mampu di jual dengan harga yang kompetitif selain mempunyai nilai tambah yang setanding dengan pengeluar yang sedia ada.
Tray telur untuk 390-400 biji telur ayam. |
Oleh kerana perancangan kami untuk menjadi pengeluar telur,daging puyuh beku/salai dan baka puyuh;satu-satu cara untuk mencapai impian itu dengan pengelibatan kos yang minima adalah dengan membuat peti penetasan sendiri.Dengan sedikit susah payah akhir nya siap lah satu unit inkubator penetasan telur puyuh yang boleh di gunakan sekali kepada telur ayam.
Kalau mengikut ukuran inkubator ini mampu memuatkan 390-400 biji telur ayam atau 850-900 biji telur puyuh.Agak memuaskan jugak lah,berbanding dengan kos yang tak seberapa.
Dah siap nak kena "test-run" pulak hingga betul-betul boleh menetaskan telur.Selagi tak di uji,kotak tu tak boleh lagi di panggil "inkubator penetasan".
Inkubator penetasan telur ayam/puyuh. |
Oleh kerana belum lagi memulakan penternakan burung puyuh ni agak sukar lah nak cari telur puyuh untuk di masukkan ke dalam inkubator tersebut.Jadi nak senang kerja cari lah beberapa biji telur ayam kampung,masukkan kedalam inkubator.Kemudian tunggu sehingga 7 hari baru boleh buat 'candling' untuk mengetahui kesan 'eraman' inkubator tersebut.Seterus nya tunggu lah hingga 21 hari baru tahu berapa ekor telur ayam boleh menetas.
Batch telur ayam pertama dalam proses eraman. |
Hanya setelah pasti inkubator tersebut sudah boleh di gunakan barulah boleh di masukkan telur sehingga kapasiti penuh.Selepas tu boleh lah di fikirkan untuk membuat beberapa biji lagi untuk kegunaan di masa-masa akan datang.
Embryo mula membentuk selepas 5 hari |
Setelah 5 hari telur di masukkan ke dalam inkubator tersebut baru lah di lakukan proses candling,untuk mengetahui sama ada telur tersebut ada benih atau pun tidak.Se-elok nya proses candling tu di lakukan pada hari yang ke tujuh supaya mudah di lihat embryo telur yang sarat dengat urat-urat darah berwarna merah.
Pembentukan embryo hampir tak kelihatan. |
camana nak buat inkubator,,,,,?
ReplyDeleteperghh..buat sendiri tu.. caya lah anak melayu ( tiba2 bangga pulak ) hahahaa..
ReplyDeletecomey nyer anak2 puyuh tu :D nak beli sekor dua ..
Ada jual puyuh hidup x? Nk dlm 20-40 ekor..wasap sy 0194003477
ReplyDeleteSAYA BERMINAT NAK TAHU DI MANA NAK BELI MESIN MENETAS TELUR PUYUH DAN JUGA NAKTAHUBAGAIMANA NAK BELI KANDANG BURUNG PUYUH.BOLIH MINTA TOLONG AJAR.TQ.SAYA TINGGAL DI PENGORES LOMBOK TENGAH.HARAP DAPAT WASSAP SAYA.TERIMA KASEH
Delete