Thursday 19 April 2012

Ayam Hutan kacukan

Dalam perjalanan ke selatan dari Kajang,untuk mencari burung puyuh yang boleh di jadikan baka,terpandang kedai jual unggas dan ayam di tepi jalan.Bila singgah terpandang pulak sekumpulan anak ayam hutan dalam salah satu sangkar yang di pamerkan.Tapi bukan ayam hutan ori lah sebab kalau ori mana boleh dia duduk dalam sangkar berebut makanan.Jenis aku rasa jenis kacukan ddengan ayam kampung,kemudian telur masuk inkubator.Tu dia nampak jinak sikit.




Yang buat tertarik tu sebab warna yang jantan tu seakan-akan warna bulu betina.Biasa nya ayam hutan yang jantan nya warna bulu nya lebih warna merah kuning.Tak tau lah pulak bila besar nanti warna nya boleh bertukar pulak.






Diam tak diam besar jugak lah ayam hutan jantan ni.Tapi agak liar sikit walau pun kerap di ajar.Memang ciri-ciri ayam hutan agak menebal dalam badan dia.Yang betina ni pulak lagi liar.Selepas dua bulan bela baru lah nampak macam ayam dewasa.Rasa rasa dalam satu bulan lagi betelur lah dia ni.








Tuesday 3 April 2012

Puyuh Putih - Japonica Coturnix Quails


Seminggu lepas sewaktu sibuk uruskan pembuatan inkubator telur.beli 50 ekor puyuh putih dari seorang pembekal burung puyuh di utara tanah air.Cukup seminggu bilangan yang mati nya agak membimbangkan.Mungkin kerana cara pengendalian yang tidak berapa sesuai di sebabkan oleh kekurangan pengalaman.



Tapi selebih nya nampak segar,walau pun keadaan bulu nya nampak macam tak cantik kerana perubahan bulu anak ke bulu dewasa.Harap harap yang selebih ini akan terus membesar untuk di jadikan baka puyuh putih.


Bila dah berumur sebulan lebih dah boleh di masukkan kedalam sangkar penelur.Masaalah nya macam mana aku nak tahu mana satu puyuh jantan dan mana satu puyuh betina!.Semua warna putih.Sekor-sekor ada sikit-sikit tompok hitam di badan.


Nak kata baka puyuh putih ni lagi besar dari puyuh biasa tak de pulak.Dah 3 minggu bela tak nampak besar macam puyuh biasa yang bewarna coklet tu.