Saturday 31 March 2012

mesin penetasan telur ayam/puyuh - (inkubator)

Berhajat nak ternak puyuh secara komersial tapi banyak sangat rintangan nya,selain modal.Pengetahuan juga memainkan peranan yang amat penting.Tambahan pula saingan perniagaan masakini memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk memastikan produk yang di keluarkan mampu di jual dengan harga yang kompetitif selain mempunyai nilai tambah yang setanding dengan pengeluar yang sedia ada.


Tray telur untuk 390-400 biji telur ayam.

 Oleh kerana perancangan kami untuk menjadi pengeluar telur,daging puyuh beku/salai dan baka puyuh;satu-satu cara untuk mencapai impian itu dengan pengelibatan kos yang minima adalah dengan membuat peti penetasan sendiri.Dengan sedikit susah payah akhir nya siap lah satu unit inkubator penetasan telur puyuh yang boleh di gunakan sekali kepada telur ayam.

Kalau mengikut ukuran inkubator ini mampu memuatkan 390-400 biji telur ayam atau 850-900 biji telur puyuh.Agak memuaskan jugak lah,berbanding dengan kos yang tak seberapa.

Dah siap nak kena "test-run" pulak hingga betul-betul boleh menetaskan telur.Selagi tak di uji,kotak tu tak boleh lagi di panggil "inkubator penetasan".

Inkubator penetasan telur ayam/puyuh.

Oleh kerana belum lagi memulakan penternakan burung puyuh ni agak sukar lah nak cari telur puyuh untuk di masukkan ke dalam inkubator tersebut.Jadi nak senang kerja cari lah beberapa biji telur ayam kampung,masukkan kedalam inkubator.Kemudian tunggu sehingga 7 hari baru boleh buat 'candling' untuk mengetahui kesan 'eraman' inkubator tersebut.Seterus nya tunggu lah hingga 21 hari baru tahu berapa ekor telur ayam boleh menetas.


Batch telur ayam pertama dalam proses eraman.

Hanya setelah pasti inkubator tersebut sudah boleh di gunakan barulah boleh di masukkan telur sehingga kapasiti penuh.Selepas tu boleh lah di fikirkan untuk membuat beberapa biji lagi untuk kegunaan di masa-masa akan datang.

Embryo mula membentuk selepas 5 hari

Setelah 5 hari telur di masukkan ke dalam inkubator tersebut baru lah di lakukan proses candling,untuk mengetahui sama ada telur tersebut ada benih atau pun tidak.Se-elok nya proses candling tu di lakukan pada hari yang ke tujuh supaya mudah di lihat embryo telur yang sarat dengat urat-urat darah berwarna merah.


Pembentukan embryo hampir tak kelihatan.

Gambar sebelah menunjukkan gambar embryo telur setelah 4 hari di eramkan dalam inkubator.Satu titik merah yang di kelilingi oleh urat-urat halus di sekeliling nya menunjukkan telur tersebut  ada benih yang bakal bertukar menjadi anak ayam.


Setelah penat menunggu akhir nya menetaslah 12 ekor anak ayam pertama daripada inkubator yang aku buat sendiri.Dua ekor mati apabila lemas dalam takung air 'humidifier'.Ada beberapa kelemahan dari segi teknikal yang harus di perbaiki untuk memastikan kadar penetas mencapai tahap 90-95% sebelum penetasas telur puyuh di buat secara scala besar.

Lagi gambar-gambar anak ayam

yang baru keluar dari inkubator penetasan.





Bila dah confirm anak ayam boleh menetas,terpaksa pulak tunggu puyuh yang di pelihara sendiri mengeluarkan telur.Penghujung bulan May baru lah ada sedikit telur puyuh boleh di masukkan kedalam inkubator penetasan tu.Awal minggu lepas menetas 9 ekor,tapi semua mati kerana tersalah teknik,di masukkan kedalam bekas yang bercampur dengan anak ayam yang berumur 2 hari.Habis semua mati.Hari ni satu kumpulan 45 ekor puyuh termasuk puyuh putih menetas dengan baik.Rasa macam humidity nya dah mencukupi.